SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN ANAK-ANAK LIPIS ....SALAM PERPADUAN..SALAM 1PAHANG DAN SALAM 1MALAYSIA...!!!

Thursday, February 16, 2012

Sesungguhnya Bandar K.Lipis memang kaya dengan bangunan bersejarah era penjajah British abad ke-19 disamping keindahan alam semula jadinya yang membiru dan menghijau. Suasana begini membuatkan Bandar Lipis menjadi Sejuk bila malam hari dan berangin bila waktu siang, tambahan pula kewujudan Sungai Jelai menambahkan lagi keindahan Kuala Lipis.

Keunikan Bandar bersejarah didalam Pekan Kuala Lipis, amat tinggi nilai dan mempunyai Eestitika yang tulen. Oleh itu ianya perlu dipertingkatkan lagi demi menjaga warisan peninggalan Sejarah negara sejajr dengan penjagaan warisan sejarah ditempat-tempat lain seperti Bangunan Sultan Abu Samad di Dataran Merdeka, Banguan Merah bersejarah di Bandar Hilir Melaka. KIni tibalah masanya pihak berwajib harus berbuat sesuatu untuk mencantikkan lagi semua Bangunan Bersejarah dalam Bandar ini.

Melihat kepada sejarah, bandar ini pernah menjadi ibu negeri Pahang pada tahun 1898 sebelum berpindah ke Kuantan yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri sehinggalah kehari ini. Memandangkan Kuala Lipis terletak ditengah2 Tanah Melayu dan cuacanya yang sejuk, menarik minat Residen Negeri Melayu Bersekutu menjadikan Kuala Lipis Pusat Pemerintahannya Neeri-Negeri Melayu Bersekutu. Faktor lain menarik minat Residen menjadikan K.Lipis Pusat Pentadbiran tersebut adalah kerana ketika itu hasil daripada "Perlombongan Emas" yang terdapat dibeberapa kawasan sekitarnya.

Antara bangunan yang masih kekal di bandar ini ialah Rumah Rehat Bukit Residen yang dibina pada 1922, Sekolah Menengah Clifford (1913), Kelab Pahang (1907) dan Rumah Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (1920).Bangunan sejarah lain yang masih kukuh ialah kediaman rasmi pegawai daerah (1929), Istana Hinggap (1926), Pejabat Pos (1910), Asrama Jururawat (1926), Kompleks Pentadbiran Daerah Lipis (1919) dan batu bertanda 1900 yang menjadi pusat menyukat perbatuan negara.

Bangunan-bangunan zaman British ini terus menjadi nostalgia bagi mereka yang pernah berkhidmat di bawah Kerajaan Britsih sebelum dan selepas merdeka. Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman berkata, pembangunan Bandar Lipis juga dikaitkan dengan destinasi pelancongan berdekatan seperti di Taman Rimba Kuala Kenong, Merapoh, Kuala Terenggun, Taman Rimba Kemahang, Program Inap Desa Kuala Medang, Kampung Budu (Tapak Kubu Tok Gajah dan Mat Kilau) dan beberapa destinasi lain yang menarik.

Menurut beliau, pembangunan bandar Kuala Lipis sejajar dengan perancangan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang berasaskan bidang Agro Pelancongan dan Ekotourism dengan mengeksploit Artifak Sejarah, Pertanian, Kebudayaan dan Kesenian untuk menarik pelawat ke Daerah itu.

Sehubungan itu, beliau meminta agensi-agensi pelancongan supaya menjadikan Kuala Lipis sebagai salah satu destinasi mereka untuk memberi peluang pelancong asing melihat bangunan peninggalan British di bandar ini.

Selain melihat bangunan bersejarah, katanya, pelawat juga berpeluang singgah di Taman Rimba Kenong, Hutan Simpan Kemahang, Merapoh, Empangan Jaleh dan Hutan Lipur Terenggun yang masih kekal sebagai tempat habitat flora dan fauna di samping menikmati keindahan alam semulajadinya.
Pada tahun lalu, jelas beliau, kira-kira 50,000 pelawat berkunjung ke Kuala Lipis untuk menikmati keindahan hutan hujan, sungai, perkampungan Orang Asli dan tinggalan sejarah.

Tambahnya, antara usaha mempromosikan bandar Kuala Lipis termasuk menganjurkan Karnival Lipis, Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang dan menjadi tuan rumah program pameran serta seminar pertanian dan pelancongan sepanjang tahun ini.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai bekerjasama mengekalkan kebersihan bandar Kuala Lipis sebagai usaha membantu mempromosi daerah ini untuk tarikan lebih ramai pelancong pada tahun ini.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment