SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN ANAK-ANAK LIPIS ....SALAM PERPADUAN..SALAM 1PAHANG DAN SALAM 1MALAYSIA...!!!

Friday, February 17, 2012

Anak kepada Tun Ali juga secara kebetulan bernama Tun Ibrahim yang berasal dari Johor ke Siam pada tahun 1806 dan seterusnya ke Pahang melalui Kelantan dan Terengganu. Setelah mendapat kebenaran dari ayahandanya Bendahara Tun Ali juga dikenali dengan nama Tun Kuni, ketua di Hilir Pahang, rombongan Tun Ibrahim memudik ke hulu Sungai Pahang sehinggalah ke Kuala Lipis. Ketika mendirikan tempat bermalam, mereka mengambil daun-daun pedur dan melepis (memisahkan daun-daun pedur) untuk dijadikan atap yang kemas dan tahan hujan. Mengikut lagenda pula, dari perkataan lepislah maka kuala sungai itu dipanggil Kuala Sungai Lipis…… dan asalnya Kuala Lipis. Ada juga yang mengatakan Nama Lipis diambil bersempena dengan sejenis tumbuhan yang dipanggil serau lipis (Pavetta Indica). Memandangkan bandar ini terletak di kuala sungai, maka ianya dinamakan Kuala Lipis.

Wallahu allam....

Drpd Sumber Blog: http://kemahang-jkkk.blogspot.com/

1 comment:

  1. Salam Sdr Ibrahim Abdullah. Saya kurang pasti dari mana sumber asli yg menyebut bahawa Tun Ibrahim itu putera Tun Ali@Tun Kuni - akhirnya sampai ke muara Sg. Lipis. Satu sumber pribumi menyebut bahawa Tun ibrahim adalah seorang Bangsawan Melaka yang memasuki Pahang dari Terengganu, dan sebelum itu dari Patani, dan Johor.

    Akhirnya, Tun Ibrahim telah membuka Tg. lipis - bergerak melalui Sg. Lipis hingga ke Budu di mana penghuni Mukim Budu ketika itu terdiri daripada orang Asli.

    Tun Ibrahim bersama keluarganya membuat kediaman di Budu telah dapat mengalahkan Budu,seorang pemuda asli.

    Keturunan Tun Ibrahim ini banyak tersebar di Budu, Tg. Besar dan Ulu Cheka. - Wallahualam

    ReplyDelete