SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN ANAK-ANAK LIPIS ....SALAM PERPADUAN..SALAM 1PAHANG DAN SALAM 1MALAYSIA...!!!

Monday, April 20, 2009

Majlis Taklimat dan Penubuhan Persatuan (Penaja)

Salam sdra/i dihormati,
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada majlis Taklimat dan Penubuhan Persatuan Anak Lipis Diperantauan (P.A.Lipis) pada 18hb. April 2009 lalu. Terima kasih juga kerana memberi sumbangan ikhlas sekurang2nya RM30.00 bagi tujuan menampung Kos Perbelanjaan Makan Minum dan Sewa Tempat serta runcit2 lain. Terima kasih tidak terhingga kepada dua orang kuat kita kerana sedia memikul tanggungjawab berat untuk menggerakan Persatuan Anak Lipis ini dimasa depan, iaitu Ybhg Datok Amirhamzah (Pengerusi Penaja) dan YBhg Datok Suhaimi Ibrahim (Penasihat) Persatuan Anak Lipis Diperantauan. Semoga dengan kehadiran kedua-dua Ybhg Datok ini akan lebih mantap lagi perjalanan Persatuan kita nanti, Inshaallah. Jadi kepada AJK yang dipilih memikul tanggungjawap diamanahkan, saya ucapkan Syabas dan Tahniah dan diharap kita semua kena kerja lebih kuat lagi bagi mengwujudkan "SATU LIPIS". Sekian Tk. Wassalam. S/usaha - 21/4/209.

4 comments:

  1. Syabas kepada saudara Ibrahim and the gang kerana berjaya mengumpul anak-anak Lipis dalam mesyuarat J/Kuasa Penaja. Semuga usaha murni demeh-demeh ini dirahmati Allah SWT

    ReplyDelete
  2. harap anak lipis d perantauan selain kl boleh join.kalau nak register macamana n yurannya berapa....
    azerin kb

    ReplyDelete
  3. kalau laaa semua anak anak lipis ni bergabung ramai weh.....

    ReplyDelete